Tuesday 21 August 2012

Koleksi Satu Ringgit Kertas

SIRI PERTAMA

Wang kertas siri pertama ini dicetak oleh Bradbury Wilkinson dari tahun 1967 hingga 1972 dan mengunakan potrait YDP Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Potrait Tanda Bayang yang digunakan ialah 'Harimau', sama seperti wang kertas sebelum merdeka. Menggunakan tulisan Melayu lama iaitu "DI-PERLAKUKAN" dan "GABENOR". Gabenor yang menurunkan tandatangan pada wang kertas ini ialah Tun Ismail Bin Mohammed Ali.

Muka Hadapan
Muka Belakang

First Prefix: A/1
Last Prefix: D/3
Replacement Prefix: Z/1

SIRI KE-2

Wang kertas siri kedua (1972-1976) pula hanya mempunyai kelainan dari segi pengenalan tulisan Bahasa Melayu yang baru. Perkataan "DI-PERLAKUKAN" telah digantikan dengan "DIPERLAKUKAN" dan "GABENOR" ditukar kepada "GABENUR".

Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-3

Wang kertas siri ketiga (1976-1981) menampilkan tambahan ciri-ciri keselamatan dengan PEAK diperkenalkan pada penjuru kiri sebelah bawah yang mempamerkan nilai "1".

Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-4

Wang kertas siri keempat  (1981-1982) telah diperkenalkan sempena perlantikan Gabenor Bank Negara yang baru iaitu Tun Abdul Aziz Bin Haji Taha. Tandatangan beliau menjadi kelainan bagi siri ini.

Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-5 

Wang kertas siri kelima  (1982-1984) telah diperkenalkan mungkin kerana Tun Abdul Aziz Bin Haji Taha mahukan trade-mark beliau sendiri. Siri ini mempunyai 2 variety iaitu dicetak oleh Thomas De La Rue dan Bradbury Wilkinson (boleh dilihat di belakang). Dengan mempamerkan Artifak Kebudayaan, wang kertas siri ini nampak lebih penuh dan padat. Turut dikenali sebagai "Blind Note" kerana terdapat "Blind Mark" pada penjuru kiri sebelah atas. Potrait Tanda Bayang yang digunakan ialah 'Potrait Agong' menggantikan kepala harimau yang digunakan sejak sebelum merdeka. Bermula dari siri ini, prefix bagi wang kertas telah menggunakan sistem "single digit" menggantikan "pecahan". 

(Variety A)

Muka Hadapan

Muka Belakang


(Variety B)

Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-6 

Wang kertas siri keenam  (1982-1984) telah diperkenalkan sempena perlantikan Gabenor Bank Negara yang baru iaitu Tun Jaafar Bin Hussein. Masih mempunyai ciri yang hampir serupa cuma nampak lebih ringkas. Siri ke enam ini mempunyai 2 variety iaitu pada variety kedua, sebahagian Benang Keselamatan (Silver Thread) dipamerkan. Bagi siri ini, wang kertas ini dicetak oleh Thomas De La Rue. 

 (Variety A)

Muka Hadapan  
Muka Belakang 
  
(Variety B)

Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-7

Muka Hadapan

Muka Belakang

SIRI KE-8


Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-9

Muka Hadapan
Muka Belakang

1 comment:

  1. Assalamualaikum..sy ingin bertanya pd encik Fazli ttg wang kertas lama yg ada sy simpan.Ada kah ia nya mempunyai nilai yg tinggi.wang kertas ya ada dlm simpanan sy seperti berikut.1.Sekeping wang lama SATU RINGGIT t.tangan Tan Sri Dato Aziz Taha No Siri BU 32188228
    2.Sekeping wang lama SATU RINGGIT No Siri DZ 9195036 tiada silver thread dan sy juga ada 2 keping bernilai 2 ringgit setiap satu ada silver thread No Siri DG 1307086 & DJ 2606929 besar lh harapan sy agar En Fazli dapat memberi penerangan lanjut dlm perkara..wasalaam

    ReplyDelete