Thursday 23 August 2012

Koleksi Lima Ringgit Kertas

SIRI PERTAMA

Wang kertas siri pertama ini dicetak oleh Bradbury Wilkinson dari tahun 1967 hingga 1972 dan mengunakan potrait YDP Agong yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Potrait Tanda Bayang yang digunakan ialah 'Harimau', sama seperti wang kertas sebelum merdeka. Menggunakan tulisan Melayu lama iaitu "DI-PERLAKUKAN" dan "GABENOR". Gabenor yang menurunkan tandatangan pada wang kertas ini ialah Tun Ismail Bin Mohammed Ali.

Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-2

Wang kertas siri kedua (1972-1976) pula hanya mempunyai kelainan dari segi pengenalan tulisan Bahasa Melayu yang baru. Perkataan "DI-PERLAKUKAN" telah digantikan dengan "DIPERLAKUKAN" dan "GABENOR" ditukar kepada "GABENUR". Dicetak oleh Bradbury Wilkinson

Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-3

Wang kertas siri ketiga (1976-1981) menampilkan tambahan ciri-ciri keselamatan dengan PEAK diperkenalkan pada penjuru kiri sebelah bawah yang mempamerkan nilai "5".


Muka Hadapan
Muka Belakang

 SIRI KE-4

Wang kertas siri keempat  (1981-1982) telah diperkenalkan sempena perlantikan Gabenor Bank Negara yang baru iaitu Tun Abdul Aziz Bin Haji Taha. Tandatangan beliau menjadi kelainan bagi siri ini.

Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-5 

Wang kertas siri kelima  (1982-1984) telah diperkenalkan mungkin kerana Tun Abdul Aziz Bin Haji Taha mahukan trade-mark beliau sendiri dan dicetak oleh Thomas De La Rue. Dengan mempamerkan Artifak Kebudayaan, wang kertas siri ini nampak lebih penuh dan padat. Turut dikenali sebagai "Blind Note" kerana terdapat "Blind Mark" pada penjuru kiri sebelah atas. Potrait Tanda Bayang yang digunakan ialah 'Potrait Agong' menggantikan kepala harimau yang digunakan sejak sebelum merdeka. Bermula dari siri ini, prefix bagi wang kertas telah menggunakan sistem "single prefix" menggantikan "pecahan". 

Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-6

Wang kertas siri keenam  (1986-1995) telah diperkenalkan sempena perlantikan Gabenor Bank Negara yang baru iaitu Tun Jaafar Bin Hussein. Masih mempunyai ciri yang hampir serupa cuma nampak lebih ringkas. Bagi siri ini, wang kertas ini dicetak oleh Thomas De La Rue. Siri ke enam ini mempunyai 3 variety. Ini disebabkan oleh isu keselamatan (silver thread) dan isu keagamaan yang mana palang pada tiang bendera menyerupai tanda salib. Oleh itu, palang itu dihilangkan pada variety C.


(Variety A)
 Terdapat palang pada tiang bendera dan Benang Keselamatan (Silver Thread) tidak dipamerkan.
 
(Variety B)
 Terdapat palang pada tiang bendera dan sebahagian Benang Keselamatan (Silver Thread) dipamerkan.

Muka Hadapan
Muka Belakang

(Variety C)
 Tiada palang pada tiang bendera dan sebahagian Benang Keselamatan (Silver Thread) dipamerkan.

Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-7

Wang kertas siri keenam  (1995-1998) telah diperkenalkan sempena perlantikan Gabenor Bank Negara yang baru iaitu Tun Jaafar Bin Hussein. Masih mempunyai ciri yang hampir serupa cuma nampak lebih ringkas. Siri ke enam ini mempunyai 2 variety yang pertama dicetak oleh Thomas De La Rue dan yang kedua dicetak oleh Canadian Banknote.


(Variety A)

Muka Hadapan
Muka Belakang

 
(Variety B)

Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-10

Wang kertas siri keenam  telah diperkenalkan pada tahun 1999. Kelewatan wang kertas RM5 ini berada dipasaran menjadi tanda tanya kerana kumpulan ke-3 (Siri 8 dan 9) bagi wang kertas lain sudahpun berada dipasaran.


Muka Hadapan
Muka Belakang

SIRI KE-11

Wang kertas siri keenam  (2000) telah ditanda tangani oleh Gabenor Bank Negara yang baru iaitu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Masih mempunyai ciri yang sama dengan siri ke-10. Siri ke-11 ini mempunyai 2 variety iaitu dperbuat daripada kertas dan polimer.


(Variety A)

Muka Hadapan
Muka Belakang

(Variety B)

Muka Hadapan 
Muka Belakang

SIRI KE-11

Muka Hadapan
Muka Belakang

4 comments:

  1. siri ke5 berapa harga skang???duit kelihatan baru tiada lipatan

    ReplyDelete
  2. Asal blog numis lain tak ada,asyik tanya harga duit je, membaca malas,berharap duit lama dalam simpanan semuanya kena harga beribu,nak untung simpan emas je lah tak payah sibuk dgn hobi menyimpan duit lama ni

    ReplyDelete
  3. Salam bro..aku ada wang kertas 1 ringgit siri ke_4..

    ReplyDelete